Saturday 28 February 2015

Rasionalisasi Subsidi


Bantuan Perumahan

•    Peruntukan dibawah Bajet 2011 sebanyak RM568 juta untuk
o    300 unit di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar
o    79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat
o    8,000 unit di bawah Projek Bantuan Rumah Sewa
o    Peruntukan tambahan RM50 juta untuk membantu pekerja-pekerja estet memiliki rumah di bawah Skim Pembiayaan

Perumahan Kos Rendah.

•    Skim Rumah PertamaKu – Pembiayaan kewangan 100% kepada golongan muda berpendapatan kurang RM3,000 sebulan untuk membeli rumah pertama yang berharga kurang RM220 ribu. Kerajaan menawarkan jaminan ke atas pendahuluan 10% harga rumah.

Subsidi tarif elektrik


  • 1.08 juta pengguna domestik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak menikmati bil elektrik percuma di bawah skim pengecualian bayaran bil elektrik bulanan RM20 dan ke bawah, melibatkan pembiayaan kerajaan sebanyak RM141 juta.
  • 3.29 juta pengguna atau 55.4% daripada 5.94 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia yang menggunakan elektrik bersamaan atau kurang daripada 200 kWj sebulan menikmati kadar tarif elektrik yang rendah iaitu 21.8 sen seunit. Kadar ini telah dikekalkan sejak 1997.
Sumber: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Skim Bantuan Kebajikan


Rujuk jadual di bawah:
Skim
2008
(RM)
2009
(RM)
2010
(RM)
Bantuan kanak-kanak
91,853,702
167,977,282
290,775,415
Bantuan orang tua
78,090,700
228,176,605
436,088,321
Bantuan anak pelihara
293,740
439,600
298,650
Elaun pekerja cacat
58,688,900
103,722,000
142,540,526
Bantuan am
130,446,802
200,864,239
200,617,818
Geran pelancaran
1,215,194
1,490,540
1,965,813
Bantuan alat tiruan
2,317,819
2,502,228
7,057,469
Bantuan penjagaan OKU terlantar/Pesakit kronik terlantar
3,736,800
39,684,450
82,790,246
Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
-
5,065,050
24,465,803
Bantuan latihan perantis
394,627
374,200
121,700
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat

Subsidi Kesihatan

Subsidi dalam bidang kesihatan adalah seperti berikut:
  • 98% kos perkhidmatan dan fasiliti kesihatan disubsidi Kerajaan
  • RM9.9 bilion diperuntukkan pada 2009 untuk penjagaan kesihatan individu termasuk ubat-ubatan, rawatan dan kemudahan hospital dan klinik.
  • RM10 juta untuk 50 klinik 1Malaysia

Subsidi dan insentif kepada Nelayan

Program dan kadar bantuan Peruntukan
Subsidi petrol dan diesel sebanyak 60 sen seliter. Harga dibayar RM1.25 seliter
•    Petrol
•    Diesel

98 juta liter
1.1 juta liter
Insentif hasil tangkapan 10 sekilo RM45 juta
Elaun sara hidup RM200 sebulan RM115 juta



Sumber : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

Subsidi, Bantuan dan Insentif Pertanian


Subsidi sebanyak RM1.1 bilion dan insentif sebanyak RM629 juta untuk membantu petani, nelayan dan usahawan tani dan ternak bagi meningkatkan pengeluaran makanan. Jumlah sebanyak RM1.8 bilion pada 2010.

Bantuan, Subsidi dan insentif industri padi dan beras 2009

Program
Kadar Bantuan
Peruntukan
(RM juta)
Skim baja padi Kerajaan Persekutuan
- 240kg/hektar baja sebatian (12 beg @ 20kg/beg) dan
- 80kg/hektar baja urea (4beg @ 20kg/beg)
275
Skim subsidi harga padi
RM248.10/MT
448
Insentif Pengeluaran padi
· Baja tambahan
· Bantuan upah bajak
RM140/ha/musim (maksimum)
RM100/ha/musim (maksimum)
95
55
Insentif peningkatan hasil
RM650/MT (setiap tan kenaikan)
40
Baja tambahan NPK
3 beg @ 50 kg setiap beg/ha
250
Bantuan kawalan makhluk perosak
RM200/ha/musim
173
Kapur
RM850/ha (diberi 3 tahun sekali)
46
Subsidi beras pengilang
Semenanjung : RM750/MT
Sabah&Sarawak: RM600/MT
(Galakkan agar kilang mengeluarkan beras ST15)
250
Subsidi beras Sabah&Sarawak
Perbezaan antara kos pembelian beras import dengan harga jualan borong
150
Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia (29 Disember 2010)



Skim Bantuan Pendidikan

Purata bantuan yang diterima seorang murid setahun
- Sekolah Rendah - RM6, 354.50
- Sekolah Menengah – RM6, 941.00
Jenis bantuan yang diterima pelajar
Peruntukan 2010
(RM juta)
Bil. Penerima
Kump. Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
200
844,410
Rancangan MakananTambahan (RMT)
38
57,161
Elaun Pra Universiti (Elaun PRAU)
0.5
250
Program Susu 1Malaysia (PS1M)
188
2,950,923
Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Beruniform
20
54,647
Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)
240
285,700
Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU)
20.85
20,850
Skim Biasiswa Sukan (SBS)
1.6
1,900
Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK)
81
45,000
Perjalanan dan Pengangkutan Murid (PPM)
9.4
403,829
Bantuan Kokurikulum Pra Sekolah (BKKP)
6.5
169,995
Bantuan Jaket Keselamatan Murid
0.17
2,254 unit
Bantuan Makanan Asrama
1,122
403,829
Bantuan Makanan Prasekolah
70
169,995
Bantuan Geran Perkapita (PCG)
761
5,430,794
Yuran Khas Sekolah (YKS)
36
5,260,799
Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA)
6.8
403,829
Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli & Penan (KEDAP)
9.3
4,950
Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK)
50
5,260,799
Projek Khas Murid Sek. Berasrama Penuh (PKSBP)
3
6,200
Bantuan Sukan Sekolah (BSS)
26
5,260,799
Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Subsidi Barangan Keperluan


(Sehingga Mei 2011)
GULA
Harga dibayar = RM2.30 sekilogram
Harga sebenar = RM2.50 sekilogram
Subsidi = RM0.20 sekilogram
Subsidi setahun (2010)* = RM789 juta
TEPUNG GANDUM

Harga dibayar = RM1.35 sekilogram
Harga sebenar = RM1.80 sekilogram
Subsidi = RM0.45 sekilogram
Subsidi setahun (2010)* = RM89 juta
MINYAK MASAK
Harga dibayar = RM2.50 sekilogram
Harga sebenar = RM3.50 sekilogram
Subsidi = RM1.00 sekilogram
Subsidi setahun (2010)* = RM813 juta

BERAS ST15 (10 kg)
Harga dibayar = RM16.50 Zon 1
RM17.00 ZON 2
RM17.50 ZON 3&4
RM18.00 ZON 5
Subsidi setahun (2010)* = RM486 juta
Nota: * Sehingga Disember 2010
Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Subsidi Bahan Bakar

(Sehingga 8 Mei 2011)
Petrol RON95
Harga dibayar = RM1.90 seliter (di pam minyak)
Harga sebenar = RM2.82 seliter
Subsidi = RM0.92 seliter
Subsidi setahun (2010)* = RM3.459 bilion
Diesel
Harga dibayar = RM1.80 seliter (di pam minyak)

Harga sebenar = RM2.76 seliter

Subsidi = RM0.96 seliter

Subsidi setahun (2010)* = RM4.03 bilion
Gas LPG (14 kg)
Harga dibayar = RM26.60 setong
Harga sebenar = RM49.14 setong
Subsidi = RM22.54 setong
Subsidi setahun (2010)* = RM1.622 bilion
Nota: * Sehingga Disember 2010 Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaa


Tarif Elektrik Turun Bermula 1 Mac 2015

Tarif Elektrik Turun Bermula 1 Mac 2015. Pengguna di Semenanjung Malaysia akan menikmati penurunan tarif elektrik sebanyak 2.25 sen bagi setiap kilowat-jam (KJw), manakala bagi penduduk di Sabah dan Wilayah Persekutuan mendapat penurunan tarif elektrik sebanyak 1.20/kWj berkuat kuasa pada 1 Mac hingga 30 Jun 2015.
Tarif Elektrik Turun
Tarif Elektrik Turun

Tarif Elektrik Turun Bermula 1 Mac 2015

Penurunan ini melibatkan pengguna domestik yang menggunakan tenaga elektrik melebihi 300 kWj sebulan, sementara itu semua pengguna dalam kategori komersial dan industri pun sama juga.
Dengan keputusan ini, maka pengguna akan menikmati pengurangan bil elektrik diantara RM13.50 hingga RM45 sebulan.
Ini satu lagi kesan daripada penurunanan harga minyak global dan Malaysia. Dengan penurunan harga minyak, dengan sendirinya kos penyelenggaraan dan kos operasi akan menjadi murah.

Setelah penurunan harga minyak, penurunan tarif elektrik, maka tiada sebab lagi untuk penguasa dan pengeluar barangan tidak menurunkan harga barangan mereka.

Mereka kini tiada alas lagi untuk tidak menurunkan harga barangan kerana selama ini mereka memberi pelbagai alasan dengan mengatakan harga minyak mahal dan tarif elektrik tinggi.

Kerajaan menyarankan agar pengeluar barangan menurunkan harga barangan mereka secepat mungkin supaya rakyat tidak terbeban lagi dengan barangan yang mahal. Ini kerana harga minyak semakin turun dan tarif elektrik turun bermula 1 mac 2015.

Harga Petrol RON95 RON97 Diesel Mac 2015

Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bermula 1 Mac 2015.  

Lanjutan daripada pengumuman kerajaan pada 21 November 2014 yang lalu mengenai pelaksanaan sistem apungan terurus, subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel akan dikeluarkan pada 1 Disember 2014. Oleh itu harga runcit rasmi Petrol RON95 RON97 Diesel untuk bulan Mac 2015 akan diumumkan pada hujung bulan Februari 2015.

Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia yang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya.


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengeluarkan kenyataan pada hari terakhir bulan Februari 2015 untuk harga runcit rasmi minyak petrol dan diesel di Malaysia bagi bulan Mac 2015. 



Harga Minyak Petrol diesel Mac 2015
Dari desas desus di laman sosial, harga RON 95 dan diesel untuk Mac 2015, dijangka akan naik sedikit mengikut harga terdahulu Januari 2015 seiring dengan peningkatan sedikit harga minyak mentah dunia di pasaran sekarang.

Dipetik dari Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (PESAMP)

Berikut adalah jangkaan harga di pam berdasarkan kepada Purata Harga Pasaran daripada 1 ke 22 Februari 2015.



 Info
RON 95
 Diesel
 RON 97
Anticipated Pump Price 
1.90
1.85
2.20

Ini berdasarkan trend harga pasaran yang sedang menaik


 
Walau bagaimanapun, kita tunggu pengumuman rasmi daripada pihak KPDNKK mengenai harga runcit rasmi Mac 2015.

* Harga runcit rasmi minyak Malaysia Untuk Bulan Februari 2015 (Harga bulan Januari 2015 dalam kurungan)

RON95 - RM1.70 sen seliter turun 21 sen (RM1.91 sen seliter)
RON97 - RM2.00 sen seliter turun 11 sen (RM2.11 sen seliter)
Diesel - 
RM1.70 sen seliter turun 23 sen (RM1.93 sen seliter)


Tuesday 17 February 2015

Warna Merah Dalam Kehidupan Masyarakat Cina

Assalam..

Warna merah atau warna hong (dalam bahasa Cina) adalah warna pilihan utama masyarakat Cina. Pemakaian warna tersebut  telah diamalkan sejak turun temurun lagi. Tidak ada warna lain yang menjadi pilihan utama , hanya warna merah. Bukan sekadar itu, warna merah sendiri sebenarnya mempunyai makna yang tersendiri bagi masyarakat Cina. Warna merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria telah menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan.

Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan membawa tuah jika dipakai  pada hari pertama Tahun Baru Cina dan majlis perayaan yang lain. Mereka percaya dengan pemakaian warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun.

Warna Tuah



Mereka percaya warna merah membawa tuah dan kecemerlangan dalam hidup mereka. Nasib mereka akan ditimpa malang sekiranya memakai pakaian yang berwarna hitam dan warna-warna yang gelap. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu dalam majlis-majlis perayaan kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

 Sambutan Hari Raya Cina


Hiasan tanglung berwarna merah yang pelbagai saiz dan bentuk sering memenuhi  kawasan kediaman masyarakat Cina. Ini  menunjukkan perayaan itu akan disambut dengan cukup meriah. Hiasan dalaman rumah  dan tanglung-tanglung serta birai pintu rumah juga akan diwarnai dengan warna merah bagi menyambut ketibaan tetamu.  Hiasan bunga-bunga juga berona merah mewujudkan semangat keceriaan yang padu dan harmoni.

Seamasa zaman dahulu orang-orang tua masyarakat Cina sering berpesan agar orang-orang kampung menggantungkan kertas berwarna merah di pintu-pintu dan tingkap-tingkap rumah mereka pada setiap waktu menjelangnya tahun baru. Ini kerana dikhuatiri binatang bernama Nian( raksaksa) akan mengganas di kawasan rumah mereka. Warna merah sangat ditakuti oleh Nian, dan mampu menghalau raksaksa tersebut.

Angpau
Antara sebab mengapa Tahun Baru Cina dinanti-nantikan oleh kanak-kanak ialah pemberian 'angpau' atau sampul merah yang berisi duit. Bagi yang belum berkahwin, mereka layak untuk menerima angpau. Pada perayaan Tahun Baru Cina, angpau biasanya diberi oleh yang sudah berkahwin kepada yang belum berkahwin. Sesiapa yang belum berkahwin layak menerimanya tanpa mengira usia.



Pemberian angpau oleh masyarakat Cina merupakan tradisi utama mereka dan  sering diberikan dalam majlis sosial dan keluarga seperti jamuan perkahwinan Cina atau ketika perayaan seperti Tahun Baru Cina.

Warna merah sampul ini melambangkan tuah.  Jumlah wang yang terkandung dalamnya lazimnya dikehendaki bermula dengan angka genap kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang yang diberi ketika majlis pengebumian . Jumlah wang yang diberi pada majlis perkahwinan biasanya adalah untuk menampung perbelanjaan hadirin serta membantu pasangan pengantin baru.

Perkahwinan

Warna merah dalam kalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh kerana itu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus atau dibalut dengan kertas berwarna merah. Kebiasaannya warna merah dipilih bagi menggambarkan nasib yang baik. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina,  Lilin berwarna merah yang diukir menyerupai naga dan burung pheonix digunakan pada hari perkahwinan adalah untuk melambangkan penyatuan terhadap keluarga baru. 



Menurut kepercayaan masyarakat Cina, lilin merah ini akan digunakan pada malam perkahwinan bagi menghalau hantu dan roh-roh jahat. Warna yang terang boleh menghalau roh-roh jahat daripada mendekati mereka.  Baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih dan merah sebagai lambang keceriaan.

Kematian

 Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi.

Keteguhan dan Keberanian


 Warna merah sebenarnya membawa maksud keteguhan, keberanaian, keceriaan dan  kemegahan. Warna ini  dikatakan memberi dorongan kepada keadaan yang lebih positif dalam kehidupan masyarakat Cina.  Warna ini sering digunakan dalam perayaan dan sambutan majlis kebesaran mereka kecuali hari-hari yang menunjukkan keadaan kesedihan dalam kehidupan mereka.  Warna ini akan terus menjadi simbol kemegahan masyarakat tersebut malah melambangkan keteguhan dan kemegahaan negara apabila  digunakan sebagai simbol pada logo-logo, lencana, bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan duit syiling.



Warna merah sering dikaitkan dengan masyarakat Cina   terutama pada setiap kali sambutan Tahun Baru Cina. Warna tersebut akan mendominasikan persekitaran kehidupan mereka. Namun, warna merah juga menguasai hampir setiap ruang di dalam dan luar rumah mereka.   Bila tibanya perayaan ini hiasan berwarna merah sering  digantung sepanjang jalan yang menandakan perayaan itu kini bukan sahaja disambut oleh masyarakat tersebut tetapi juga sudah menjadi seperti perayaan seluruh masyarakat.

Suntingan : Akhbar Utusan Malaysia
                    Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara


Circular Road Ban CNY 2015

Jadual Larangan Penggunaan Kenderaan Barangan Semasa Penguatkuasaan Tahun Baru Cina 2015 - 17/02/15 - 18/02/15 and 21/02/15 - 22/02/15.

Atau KLIK SINI untuk preview jadual.

Horoskop Si Kambing 2015

Assalam....

CNY 2015 dah terasa dah walaupon aku tak pon merayakan nya. he3.... Tapi bekerja dalam chinese famili business dah lebih 5 tahun nie, membuatkan aku merasakan kemeriahan CNY lebih terasa dari hari raya aidilfitri & aidiladha setiap tahun.... coz u know y?

1) Every year in CNY season, my company akan bercuti 7 hari (at lease).

2) Penutup tahun (ikut kiraan Cina), tokey akan bagi angpau , naek gaji, & dinner untuk semua pekerja di semua branch yang dia ada.

3) Pembuka tahun pula, tokey akan celebrate di Restoran untuk semua staff & supervisor & salesman sahaja dengan makanan2 yang hanya aku mampu makan sewaktu tokey order sekali je dalam setahun. hu3x.... mahal2 semua menu... tak mampu aku..

tu je la yang best kat sini..... ko ada??

ok lah...kite cerita laks horoskop apa yang kene dengan si Kambing 2015 nie..

Sesiapa yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan lahir pada "Tahun Kambing," serta juga membawa lambang unsur yang berikut:
Sifat
Kedudukan zodiak ke-8
Waktu naungan 1 – 3 petang
Mata angin Selatan-Barat daya
Musim dan bulan Musim panas, Julai
Bulan qamari 7 Julai hingga 7 Ogos
Zodiak Barat yang bersamaan Cancer
Polariti Yin
Sifat positif Kreatif, empatetik, murah hati, patuh, lemah lembut, intuitif, sederhana, idealistik, penyayang, peka   
Sifat negatif Tidak bertanggungjawab, cemas, malas, sentiasa mengubah fikiran, ganas, pendendam, mendiskrimiasi, cuai, mudah tersinggung
Paling serasi Arnab, Khinzir, Kuda
Sederhana serasi Harimau, Kera, Ular, Kambing
Tidak serasi Tikus, Lembu, Naga, Ayam, Anjing


So...Selamat Bercuti la ye kawan2..




Saturday 14 February 2015

Ada Apa Dengan 14 February : VALENTINE DAY (HARI BERKASIH SAYANG)





Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?
 
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)
 
Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau  iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik (disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan  dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki (dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.

 SEJARAH VALENTINE:
Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
 
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
 
Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

PANDANGAN ISLAM 
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?
 
Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
 
Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
 
Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.



HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-
Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam  masalah 'Valentine Day'.
 
1. PRINSIP / DASAR
   Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama  Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.
 
2. SUMBER ASASI
   Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.
Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan  mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

3. TUJUAN
   Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan      yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.
 
4. OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan    syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)
Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan    semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat    mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati    mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.
 
Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan(memuja-muja) Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim.  

Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.
 
Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.
 
MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)
Perhatikanlah Firman Allah :
…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.
 
Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.
Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t.:

Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.
 
Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-
 
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..





Artikel ini dipetik dari: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com