Thursday 26 March 2015

(20 Tips) Cara Jimat Minyak Petrol Kenderaan



Tips cara jimat minyak petrol ni bolehlah dicuba untuk kenderaan anda. Ada antara point-point di situ yang boleh kita pakai.


1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk.


Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda.
Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.


2. Isi minyak dengan perlahan-lahan


Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.


3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh.


Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.


4. Kurangkan beban atau berat kenderaan anda


Buang barang yang tidak perlu seperti timbunan fail-fail, buku-buku atau peralatan kerja anda (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.


5. Periksa tekanan angin tayar anda.


Perhatikan tayar anda dan pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.


6. Penyelenggaraan


Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala. Jika malas (terutamanya wanita) boleh hantar ke bengkel yang bertauliah setiap bulan dan boleh saja suruh mekanik yang periksa.


7. Kelajuan


Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak.


Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).


Lihat RPM kereta anda. Jika anda memandu melebihi 3000 RPM berkemungkinan enjin anda memerlukan lebih minyak. Sebab itu kelajuan dan kapasiti enjin memainkan peranan pentin dalam penjimatan minyak.


Dan kalau nak jimat boleh beli kereta tertentu yang mahal kerena teknologi penjimatan minyak mereka lebih maju berbanding kereta murah.


8. Matikan enjin


Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang atau menunggu traffic light yang sangat lama. Elakkan menekan pedal minyak ketika kenderaan tidak bergerak.


9. Penggunaan gear yang betul


Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.


10. Penggunaan Brek yang betul


Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.


11. Rancang perjalanan


Merancang perjalanan dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan.


Anda juga boleh buat melakukan dua kerja pada satu masa contohnya dengan memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan anda contohnya semasa anda pulang dari kerja, bolehlah singgah membeli barang keperluan rumah di mana-mana kedai yang berdekatan.


Jadi, anda tidak perlu lagi keluar semasa hujung minggu. Kan jimat minyak macam tu.


13. Minimum penggunaan kenderaan


Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau motosikal saja berbanding kereta. LC sekarang RM6000 je. Takkan tak mampu kot. Nak lagi jimat pakai motor Honda. Memang jimat :)


14. Tutup air-cond


Apabila cuaca luar sudah sejuk (malam atau di tanah tinggi) eloklah matikan air-cond anda. Selain itu, matikan juga aircond anda bila sudah hampir tiba ke destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.


15. Tutup tingkap kereta


Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu untuk melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kereta anda akan mengalamai rintangan angin menyebabkan kereta bergerak perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.


16. Elak jalan sesak


Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu puncak bekerja. Mulakan perjalanan sebelum jalan menjadi sibuk. Kesesakan jalan raya menyebabkan enjin kereta mengalami pembaziran kerana tidak bergerak.


17. Jaga enjin kenderaan


Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis … Tukar minyak pelincir mengikut jadual selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Tanya mekanik bertauliah kalau tak pasti minyak pelincir mana yang terbaik.


18. Sentiasa berkongsi kenderaan


Jika anda dan rakan anda pergi ke tempat kerja yang sama apa bergilir-gilir tumpangkan kenderaan. Selain menjimatkan minyak, kesesakan jalan raya boleh dikurangkan. Itu pun jika semua pengguna jalan raya melakukan amalan ini.


19. Panaskan enjin dengan betul
Biarkan enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat sahaja setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk memanaskan enjin kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.


20. Guna NGV


Semestinya penggunaan NGV lebih jimatt berbanding petrol. Sehingga kini banyak kedai NGV installer/conversion sudah kehabisan stok dan pelanggan terpaksa menunggu giliran.


Apa yang bagusnya adalah anda boleh tukar pilihan jenis minyak yang anda mahu gunakan, sama ada NGV semasa di jalan bandar atau petrol semasa berada perjalanan jauh. Tapi penggunaan NGV akan memakan sedikit ruang kenderaan anda.


Penggunaan NGV lebih mesra alam dan kurang pencemaran berbanding petrol biasa. Harganya jauh lebih murah iaitu dalam lingkungan RM0.635 seliter.


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


Perasan tak tips ni ada 19 je. Kira ar betul-betul. Keh keh…
Sebenarnya lagi satu tips tu adalah anda sendiri. Kalau anda tak cuba tips tu maka takdelah penjimatan yang diingini. 


Selamat mencuba (^_^)

PANDUAN DAN TIPS ISI MINYAK KENDERAAN ANDA!


Di dalam tangki minyak kereta telah direka untuk supaya ada ruangan minyak dan udara, jadi mengapa perlu kita isi minyak sampai penuh tangki. 


Ramai yang tidak sedar atau tidak tahu langsung, bahawa pam di stesen minyak ada sistem return pipe-line, di mana ia mengalirkan balik minyak kedalam tangki simpanan stesen minyak.



Apabila tangki minyak kereta sudah penuh, mekanisme pam akan selak injap masuk pam dan injap sistem return pipi-line dibuka, untuk membolehkan petrol berlebihan mengalir masuk balik ke tangki simpanan stesen minyak.



Ini bermakna ada telah MENDERMA MINYAK KEPADA TAUKE STESEN MINYAK.



1) Kalau boleh isilah petrol anda pada awal pagi semasa suhu tanah masih lagi sejuk. Kerana semua stesen minyak menanam tangki simpanan minyak mereka di bawah tanah.


2) Lebih sejuk tanah, lebih pada petrol. Dan apabila panas, petrol akan mengembang.

Jadi jika kita mengisi minyak di siang hari, seliter itu bukannya betul-betul seliter petrol yang anda bayar.



3) Apabila anda mengisi minyak, jangan tarik picu pam ke mod High ( iaitu mengisi dengan laju). Jika kita perhatikan picu pam, ia mempunyai tiga peringkat : Low, Middle dan High.

Anda perlu tarik picu pam pada mod Low, bagi mengurangkan wap yang dicipta semasa proses mengepam minyak.



4) Semua hos di pam mempunyai saluran pulangan wap. Jika ada mengepam pada kadar yang cepat, ada cecair yang masuk ke dalam tangki anda akan menjadi wap. Wap itu akan disedut balik kembali ke dalam tangki simpanan bawah tanah.



5) Satu lagi tips yang penting adalah anda pelu mengisi apabila tangki petrol anda SEPARUH PENUH.


Sebabnya adalah apabila lebih petrol ada di dalam tangki maka makin kurang udara mengisi ruang yang kosong.


Petrol sebenarnya menyejat lebih cepat daripada apa yang kita bayangkan. Tangki minyak kereta mempunyai bumbung terapung di dalamnya. Bumbung ini berfungsi sebagai pelepasan sifar di antara petrol dan atmosfera. Bagi mengurangkan penyejatan.


6) Peringatan yang terakhir, jika anda terlihat ada trak petrol sedang pam minyak ke tangki simpanan bawah tanah di stesen petrol, JANGAN ISI MINYAK, kerana anda mungkin akan mengisi kotoran ke dalam tangki minyak kereta anda.


Selamat Mencube.. 

Thursday 12 March 2015

Persiapan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 90 peratus siap

KERJA-KERJA membersih dan mengecat Gerbang Mahkota di laluan masuk utama ke Istana Bukit Serene sempena sambutan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor yang akan berlangsung pada 23 March ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

JOHOR BAHRU: Persiapan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sudah melebihi tahap 90 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Publisiti Istiadat Kemahkotaan Md Jais Sarday berkata, persiapan tersebut merangkumi urus setia, publisiti serta penyediaan pusat media kepada petugas tempatan dan antarabangsa.

"Hanya berbaki 12 hari lagi untuk rakyat Johor menyaksikan Istiadat Kemahkotaan itu dan kami (jawatankuasa) sudah membuat pelbagai persiapan.

"Pusat media yang disediakan di Dewan Jubli Intan, di sini, mampu memuatkan 100 petugas membabitkan 20 media cetak tempatan, tujuh media elektronik dan 10 media asing termasuk National Geographic," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat media berkenaan, di sini, hari ini.

Md Jais yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Johor berkata, pusat media itu dikendalikan Jabatan Penerangan Johor dan beberapa agensi berkaitan mulai 16 Mac ini.

Menurut Md Jais, terdapat sekurang-kurangnya sembilan istiadat akan diadakan untuk kemahkotaan itu bermula 16 Mac iaitu Istiadat Meletak Kerja, Tahlil dan Doa Kesyukuran, Majlis Siram Tabal serta disusuli Istiadat Kemahkotaan di Istana Besar, di sini, pada 23 Mac.

Beliau berkata, selesai Istiadat Kemahkotaan di Istana Besar itu, Sultan Johor dijangka berkenan menyertai perarakan kenderaan dari Istana Besar ke Istana Bukit Serene sejauh 8.5 kilometer. 

"Dijangkakan 40,000 rakyat Johor daripada pelbagai kaum akan menyaksikan perarakan tersebut yang konsepnya menyerupai perarakan kenderaan semasa Kemahkotaan Almarhum Sultan Ismail pada 1960," katanya.

Md Jais berkata, pelbagai acara lain turut diadakan antaranya pameran yang dikendalikan Arkib Negara Cawangan Johor di Pusat Konvensyen Persada, di sini, dan daerah-daerah lain yang memberi peluang kepada rakyat mengenali lebih dekat Kesultananan Johor.

"Pada 23 hingga 28 Mac turut diadakan persembahan kebudayaan di Dataran Majlis Bandaraya Johor Baharu mulai 8 malam. Sultan Johor dijangka berkenan menyaksikan acara kemuncak persembahan kebudayaan yang bertemakan 'Payung Mahkota, Raja dan Rakyat Berpisah Tiada' pada 28 Mac," katanya. - BERNAMA

Thursday 5 March 2015

Cerita Tentang Dia...... Si Tarian Singa..

Asal Usul Tarian Singa

Dipetik dari : http://malay.cri.cn, 

Tarian Singa merupakan cara hiburan tradisional kalangan rakyat China yang biasanya dipersembahkan untuk memeriahkan suasana hari raya atau pesta. Namun tarian singa ini berasal dari mana dan bagaimana sejarah tarian itu? 

Kostum singa lebih menarik dengan warna- warna terang..
 
Terdapat banyak cerita tentang asal usul tarian singa tersebar di kalangan rakyat. Dua buah cerita antaranya merupakan yang paling popular dan diterima ramai. Menurut cerita pertama, kononnya pada zaman lampau, singa selalu menyerang manusia. 

Buddah Xiaomian(wajah senyum) berasa simpati terhadap manusia, dan menggunakan kuasa ajaib untuk menaklukkan singa. Selepas itu, manusia mula meniru aksi Buddah Xiaomian ketika berlawan dengan singa dan beransur-ansur mencipta tarian singa. 

Pada mulanya tarian singa ini dipersembahkan untuk mencegah wabak penyakit. Sami yang meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa sebenarnya berdasarkan cerita tersebut.

Salah satu kostum tarian singa utara yang dipersembahkan dalam satu pertandingan antarabangsa di China

Menurut satu lagi cerita, ketua negeri Dayuezhi menghadiahkan seekor singa jantan yang berbulu emas kepada Maharaja Zhang pada zaman Dinasti Song (tahun 960 hingga 1279). Maharaja Zhang mengundang utusan dari negeri Dayuezhi untuk menikmati persembahkan tarian singa pada tahun berikutnya. 

Setelah itu, Maharaja Zhang mengupah jurulatih binatang untuk melatih singa itu. Namun di luar jangkaan, singa tersebut mati akibat pukulan jurulatih. Maharaja Zhang sangat marah dan ingin menghukum jurulatih tersebut. Tetapi jurulatih singa tersebut menyatakan dia telah mendapati kaedah untuk menyebabkan singa tersebut hidup semula. 

Pada tahun baharu, ketua negeri Dayuezhi menghantar utusannya ke negeri Song mengikut janji untuk menyaksikan persembahkan tarian singa. Seekor singa berbulu emas timbul di pentas dan kelihatan amat aktif dan mematuhi tunjuk arah jurulatih binatang. Utusan Dayuezhi berasa sungguh kagum. 

Setelah itu, Maharaja Zhang tanya jurulatih binatang itu punca singa yang sudah mati dapat hidup semula, baginda barulah diberitahu bahawa sebenarnya singa tersebut dilakonkan oleh dua penari. Sejak itulah, persembahan tarian singa menjadi acara menyambut kedatangan utusan dari pelbagai negeri, dan beransur-ansur menjadi adat di kalangan rakyat. 

Untuk mendapatkan details lain nya berkenaan Tarian Singa ini, anda boleh la layari SINI untuk spesifik ilmiah nya.

Apa Kaitan Cerita di atas dengan entry kali nie?

Jawapan: Subjektif... sebab kat kilang aku ni semalam (04 Mar 2015) ada la lawatan sambil menari Si Singa. Seperti lazimnya, Singa2 yang didatangkan khas dalam tempoh 15 hari selepas CNY ini dipercayai mempunyai 1001 kebaikan tersurat & tersirat mengikut kepercayaan masyarat Cina.
   
Acara bermula dengan kedatangan 2 ekor singa masuk ke pengkarangan kawasan kilang.

Geng Singa dalam tranformasi manusia sedang menunggu di main enterence.

Party started..bingit tak hengat masa nie. Telinga yang banyak khazanah keras pon boleh mencair.....terapi telinga la kire..

Semasa mereka gi tokong ke tokong, ditambah muzik & bakaran mercun yang mencabar pendegaran, singa pon bergerak ke gantungan salad + angpau yang disediakan di main enterence.  


Salad & angpau dah masuk dalam mulut Singa ...tak sempat pon aku nak snap ..huhu..

Si Singa sedang makan oren di main enterence... yang belakang tunggu giliran.... sopan & tunduk jekk singa makan...
Okey...dah siap pon makan.... ni oren dihulur oleh sifu si singa...

....dan Oren disambut oleh my lady boss....
Nahhh...amekkk ko.... Si Singa ada  kasi 4D ramalan ko.....

Si Singa telah selesai persembahan. Tunduk Hormatttt....

Tammat sudah....  

Sekian untuk entry kali ini....