Tuesday 28 October 2014

Road Bully.... pernahkah anda mengalami pengalaman sebegini??



Elak pertengkaran dan pastikan anda tidak menjadi 'road bully' jika terlibat dengan kemalangan jalan raya untuk mengelak perlakuan amarah anda dirakam serta disebarkan dalam media sosial, sekali gus menjadi viral. 

Kejadian 'road bully' atau pembuli jalan raya atau samseng jalan raya bukanlah suatu perkara baharu di Malaysia. Sejak 1995, ia telah mula diperkatakan dan turut mendapat perhatian dalam kalangan wakil-wakil rakyat sehingga diperdebatkan dalam sidang Parlimen.

Polis Kuala Lumpur pada 1996 pernah mengemukakan kertas cadangan kepada Ketua Polis Negara (KPN) ketika itu, Tan Sri Rahim Noor agar tindakan tegas dikenakan termasuk membatal atau menarik balik lesen pemandu yang bersalah dalam gejala samseng jalan raya.


Ini kerana golongan berkenaan lazimnya mengeluarkan senjata seperti pisau, kayu hoki, kayu besbol, kayu golf dan besi pengunci stereng kereta sebagai senjata, dan mereka tidak teragak-agak bertindak ganas jika tidak berpuas hati dengan pengguna kenderaan lain.
 


Kejadian terbaharu di Kuantan melibatkan seorang wanita muda yang mengamuk menggunakan besi pengunci stereng setelah kereta Peugeot 208 yang baharu dibelinya sebulan lalu dilanggar oleh seorang warga emas lelaki hanyalah picisan daripada 1,001 kisah pembuli jalan raya di negara ini.

Golongan yang tidak pernah pupus ini ternyata tidak mampu mengawal amarah dan bertindak mengikut perasaan tanpa memikirkan rasional perbuatan yang dilakukan walaupun kemalangan yang berlaku hanya melibatkan kerosakan kecil.
 


Tanpa mereka sedari, natijah yang terpaksa ditanggung akibat perlakuan 'kurang siuman' seketika itu lebih besar kesannya daripada kerosakan kenderaan yang mereka alami kerana negara ini mempunyai undang-undang yang tidak pernah melepaskan sesiapa sahaja yang gemar mengambil tindakan sendiri.
 


Perkara itu juga terpaksa ditanggung oleh Kiki atau nama sebenarnya, Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin, 30, apabila dia telah dikenakan denda RM5,000 dan diperintah melakukan khidmat sosial selama 240 jam dalam tempoh tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuantan.
 


Dia terlebih dahulu telahpun menerima hukuman di 'mahkamah awam' apabila dilemparkan dengan pelbagai cacian dan kutukan setelah video sikap biadapnya terhadap lelaki tua terbabit yang secara tidak sengaja melanggar keretanya tersebar di media sosial sehingga turut mendapat perhatian KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Walaupun dia telah meminta maaf dan warga emas terbabit juga telah memaafkannya, namun segalanya telah terlambat, ibarat 'nasi telah menjadi bubur', Kiki terpaksa menanggung akibat daripada perbuatannya itu.

Sebelum ini, beberapa kes pembuli jalan raya turut mendapat liputan media massa dengan ada di antara mangsa di dalam kes tersebut bukan sahaja mengalami kecacatan kekal, malah ada yang maut. 


Berikut paparan kes-kes berkenaan yang dilaporkan berlaku di dalam dan di luar negara: 

MALAYSIA
* 30 September 2013 - Pemandu teksi warga emas, Hiew Chen Guang, 66, mati setelah koma selama seminggu ekoran dibelasah teruk oleh seorang samseng jalan raya di Jalan Klang Lama selepas dikatakan terlanggar seorang penunggang motosikal di hadapan keretanya.
 


* 29 Jun 2012 - Hanya kerana membunyikan hon ke arah sebuah kereta yang menghalang laluan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, seorang nenek, Yap Kim Fatt, 55, ditumbuk bertubi-tubi oleh pemandu kenderaan terbabit.
 


* 26 Januari 2005 - Pembantu jurutera komputer, Mohd. Nazri Ismail, 28, maut setelah bertarung nyawa hampir 17 jam di Hospital Kuala Lumpur, dipercayai akibat dipukul dengan objek keras oleh tiga samseng jalan raya setelah dikatakan kenderaannya terlibat dalam satu kemalangan kecil dengan kereta suspek di Jalan Kewajipan, Subang Jaya, awal pagi, sehari sebelum itu.
 


* 22 November 2004 - Seorang anak tauke kedai ubat, Teo Kai Siang, 22, mati ditikam seorang lelaki selepas cuba mendapatkan penjelasan kenapa kenderaannya dihimpit dan dilanggar di kilometer 20 Jalan Johor Bahru-Pontian.
 


* 6 Julai 2004 - Seorang pemandu kereta mengugut seorang pengguna jalan raya dengan parang selepas mangsa enggan memberikan laluan di persimpangan lampu isyarat di Serdang, Selangor.

* 28 April 2004 - Seorang wanita, Young Chew Ha, 61, maut manakala anaknya, Chew Saw Bee, 26, parah selepas kereta mereka terbabas lalu terhumban ke dalam Sungai Kapar di Klang dipercayai ketika melarikan diri daripada samseng jalan raya.
 


* 15 Oktober 2003 - Seorang lelaki, Selva Kumar Alagesu, 27, diserang empat lelaki bersenjatakan parang selepas berlaku perlanggaran kecil di Jalan Bukit, Kajang. Mangsa dikatakan hilang dipercayai dibunuh dengan mayatnya tidak dijumpai.
 


* 26 September 2003 - Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) nyaris maut apabila seorang lelaki dipercayai pembuli jalan raya menikam lehernya dengan pisau di Seksyen 14, Shah Alam.
 


* 24 Januari 1995 - Pasangan kelamin dari Singapura, Mohd. Rafi Mohd. Ibrahim, hilang mata kanan akibat dipukul, manakala isterinya, Khatijah Idoo yang ketika itu hamil empat minggu ditolak kasar oleh seorang pemandu bas ekspres serta pembantunya kerana berang apabila Mohd. Rafi memberi isyarat supaya memandu lebih berhati-hati.
 


BRUNEI
* 19 Mei 2014 - Kerana marah kereta dipintas, seorang lelaki tempatan yang bertindak ganas, dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret pada tarikh berkenaan. Tertuduh, Mohammad Hassanalhamizan Mohd. Ibrahim, 22, dikatakan merempuh kereta mangsa sebanyak tiga kali sehingga menyebabkan kerosakan teruk di Jalan Jerudong pada 1 September 2011.
 


AMERIKA SYARIKAT
* 5 Disember 2005 - Dua waran dikeluarkan kepada bekas juara gusti dunia 16 kali, Ric Flair atau nama sebenar Richard Morgan Fliehr, 56, atas kesalahan ringan menyerang dan merosakkan harta peribadi seorang lelaki selepas keretanya kemalangan di Jalan I-485, Charlotte, North Carolina, pada 30 November 2005. Flair atau gelarannya 'The Dirtiest Player In The Game' dituduh melakukan jenayah itu setelah geram dengan sikap lelaki terbabit yang melengah-lengahkan pergerakan keretanya di jalan raya yang penuh sesak ketika itu.
 




Sumber: Utusan

Saturday 11 October 2014

Sepintas Lalu: Majlis Konvokesyen UTHM 2014

Assalam...
Kemeriahan berganda nampak nya di Parit Raja Batu Pahat Johor Darul Takzim ini mula terasa sekarang. Di sepanjang jalan berhampiran dengan UTHM, berderet2 penjual bunga menyediakan barang jualan, Pelbagai bunga yang dijual ini juga berjaya menarik mata pemandu2 jalan raya seperti saya mencuri sekilas pandang. Selain dari kemeriahan dengan konvokesyen UTHM 2014, penduduk sekitar & juga "dimeriahkan" dengan pelbagai respond terhadap bentangan Budget 2015 Oleh DS Najib (semestinya ada pro & kontra.... Anda bagaimana? ..), penduduk sekitar juga dimeriahkan dengan konvokesyen UTHM 2014.

http://konvokesyen.uthm.edu.my/

Saya melihat kemeriahan ini ditambah seri nya dengan limpahan sinaran lampu yang indah bergemerlapan di seluruh kawasan UTHM, (malam menjadi siang pulak le rasanya), terutama di Padang Kawad UTHM. Majlis Konvokesyen yang bermula 08 Oktober 2014 & akan berakhir pada 13 Oktober 2014 ini menyaksikan begitu banyak gerai-gerai jualan yang menyediakan pelbagai barangan yang boleh kita beli dengan harga yang berpatutan... Cenderahati2, key-chain2, Baju2, kain2 pasang, pelbagai blause muslimah, tudung2, assesori wanita & lelaki yang ditawarkan dalam pelbagai pilihan, corak & warna. Makanan? owhh.. jangan ditanya..... macam2 ada. Mana2 keluarga para pelajar yang terlibat atau pengunjung tak perlu risau ... anda tak akan kelaparan di sini. he3... (peringatan: makan sebelum lapar.. berhenti sebelum kenyang yaa..)

Manakala Majlis Konvokesyen ke 14 pula diadakan di Dewan Sultan Ibrahim UTHM. Majlis berlangsung dari pagi hingga la petang biasa nya. Seusai nya, bertebaran la mereka untuk sesi bergambar dengan baju konvo nie... Bukan semua orang tau dapat merasai memakai baju konvokesyen nie ... (sedikit dua dikit mesti ada riak takbur kan dalam diri semasa menyarung baju nie ...) Sungguh luas kawasan UTHM nie sebenarnya, saujana mata memandang... Juga UTHM banyak menyediakan pilihan kursus2 yang ditawarkan untuk para pelajar & bakal2 pelajar di sini. Untuk maklumat lanjut boleh la klik DI SINI
 ...............
Dalam diam, saya cube membandingkan keadaan dulu.... ya...dulu...sebelum kewujudan UTHM ini. Muram, suram, kelam (begitu juga dengan ekonomi penduduk setempat). Perubahan ketara ini juga saya terpaut untuk memautkan kata-kata ilmiah dari pihak yang berilmiah. Sepertimana yang terungkap dalam SINI.

Di petik dari:

Miskam, Nurasyikin and Shafii, Haryati (2013) Transformasi pembangunan luar bandar: kesan ke atas kesejahteraan hidup masyarakat. In: Persidangan Geografi & Alam Sekitar, 5-6 Mei 2013, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Quote

"
Abstract
Transformasi pembangunan yang berlaku dengan pantas sejak sedekad yang lalu, bukan sahaja berjaya merubah pelan pembangunan negara bahkan turut member kesan terhadap persekitaran sosioekonomi negara. Transformasi ini turut mengubah landskap Pekan Parit Raja, Johor iaitu daripada sebuah pekan kecil-tradisi kepada sebuah bandar yang menumpukan kepada pelbagai aktiviti penduduk yang mencakupi aspek pendidikan, sosial, ekonomi, politik dan infrastruktur. 
 Kertas ini mengutarakan transformasi yang berlaku di Pekan Parit Raja telah menunjukkan perubahan dari segi peningkatan taraf pendapatan, pemilikan harta dan kenderaan, pemilikan peralatan moden serta perubahan gaya hidup penduduk setempat. Kesan daripada pertambahan penduduk dan rebakan pembangunan telah memberi kesan positif dan negatif kepada penduduk. 
 Sudut positif yang dilihat apabila jumlah pendapatan penduduk semakin meningkat iaitu hampir sekali ganda berbanding 20 tahun dahulu dengan majoriti responden (53.8%). Pemilikan sesetengah kemudahan dan peralatan rumah menggambarkan kemampuan kuasa membeli responden. Perbandingan kemampuan pemilikan peralatan elektrik penduduk berbanding dari tahun 1990-2009 turut menunjukkan peningkatan. Hasil analisis kajian menunjukkan paling tinggi responden memiliki telefon bimbit adalah sebanyak 66.7%, komputer 39.3% dan melanggan internet 25.6%. 
 Manakala dari sudut negatif yang boleh dikesan adalah berlakunya kemerosotan tahap keselamatan dalam kalangan penduduk serta penurunan kualiti alam sekitar menurut persepsi penduduk setempat. Justeru, transformasi yang berlaku di Pekan Parit Raja, bukan sahaja membawa perubahan positif dari aspek ekonomi bahkan turut menyumbang kepada kemerosotan dalam aspek keselamatan sosial penduduk dan persekitaran fizikal
"
Unquote.


Saya lebih suka berbicara berkenaan dengan kesan positif dari negatif. Kesemakmuran ekonomi bumiputera setempat: usahawan yang lebih berfikiran jauh, merancang kepenggunaan tanah dengan lebih sistematik, sistem jalan raya yang lebih maju, penyediaan pengangkutan awam yang lebih moden dan effisyen, pembukaan banyak institusi2 perbankan, pembinaan taman2 perumahan & ruang2 perniagaan yang lebih berdaya saing, dan,  pemikiran masyarakat juga berkembang sejajar dengan perubahan yang dibawa secara tidak langsung oleh pihak2 yang terlibat dalam UTHM. Hebat bukan?? Adakah ada turut bersetuju dengan pendapat bahawa pembangunan keseluruhan kawasan Parit Raja ini baik?? Adakah anda juga termasuk dalam puing2 kemajuan & perubahan ini??

Setiap hari berulang alik dari rumah ketempat kerja yang melintasi Gerbang Masuk ke UTHM..perubahan ini selalu saya perhatikan, cume saya (hanya seekor semut merah) tidak dapat mengungkap dengan kata-kata.... keadaan berubah, persekitaran berubah, namun, bagaimana dengan tradisi lama kite?? Masih kah ia releven untuk diadaptasikan di zaman ini? Tetiba pula begitu puitis & kritis .. tengelam dengan khayalan yang menerawang jauh... ke zaman di mana permainan2 kampung melayu masih menebal: batu selembat, perang2 dengan pistol yang diperbuat dari batang bemban, meredah semak2 kebun semata2 utk mencari buah letup2, gatek ( rakit diperbuat dari batang2 pisang),menjerat burung, berkubang, belari2 mengejar ayam utk disembelih bersama adik beradik, sembunyi ibu, congkak.... dan laie dan laie dan laie.....

Tetiba.... putaran kenangan terus menerobos ke Majlis Konvokesyen UUM Sintok 2003. Adakah anda sebahagian daripada kemeriahan di tengah2 Sintok yang hutan rimba ketika itu?? Masih kah anda terasa...

Kesimpulan: Kekadang memutar kembali kenangan lama ada kala nya mengusik jiwa & merindui zaman muda2 kita.... Dan bait2 lagu .... "Andai dapat ...ku undurkan putaran dunia..." berputarrrrr.....

Selamat Berangan Ya.... Wassalam.


Friday 10 October 2014

Sofa Baru Dengan Harga Murah

Assalam...
Bagaimana dengan kehidupan? Masih bersemangat untuk meneruskan nya?

Tekanan ekonomi keluarga bagi yang berpendapatan rendah amat terasa sekarang. Bagaimana cara dan kaedah untuk kita mengadaptasikan ketentuan naik turun harga barangan keperluan dan kehendak adalah berdasarkan kepada pengiraan kemampuan masing2. Setuju?

Kemampuan kita untuk terus survive juga penting untuk kita berasa dalam keadaan ekonomi keluarga yang selamat. Bagaimana? Salah satu nya adalah dengan menilai semula corak perbelanjaan kita. di dalam aspek ini, saya menyentuh dengan pemilihan produk- furniture - sofa set.

Dalam entry kali ini, saya akan berikan beberapa contoh model sofa yang lebih murah harganya (jika dibandingkan dengan keluaran di www.nicollo.com.my).

Material: Fabrik
Sofa Murah S812 (1+2+3 Seater) / Pilihan Material: Fabrik
Ini adalah beberapa contoh sofa yang diperbuat dari fabrik. Selain daripada harga yang lebih murah (jika dibandingkan dengan sofa kulit), kotoran pada fabrik juga boleh dicuci.

Kebiasaannya, ramai customer yang mahukan kusyen sandar dan duduk boleh dilaras. ini memudahkan untuk proses cuci atau tukar kepada
Sofa Murah S012 (2 Seater) / Pilihan Material: Fabrik+PVC

fabrik yang baru. (Nota: Untuk lebih jimat, pilihan fabrik baru utk cushion cover biasanya dipilih berdasarkan warna2 yang NGAM dengan sofa body) ~ lebih jimat , sofa seakan baru & mempengaruhi mood anda!!

 Terdapat juga pilihan sofa yang mana body sofa diperbuat dari PVC - antara ciri PVC ialah mudah dibersihkan (hanya lap dengan pencuci khas), tahan lama (jika penggunaan adalah berhemah) dan warna2 yang lebih mesra dengan natural environment.




Sofa Murah S012 (3 Seater) / Pilihan Material: Fabri+PVC
Antara teknik penjagaan sofa fabrik ini adalah pencucian yang menggunakan tangan (exercise le sket tangan tu~), penggunan bahan detergen yang kurang bahan peluntur, dibasuh dalam keadaan terbalik & jemur di tempat yang berbumbung. Sinaran matahari pada mana2 fabrik pun akan memudarkan warna dengan lebih cepat :(


Kesimpulan di sini, banyak pilihan yang kita ada untuk berjimat. & ini adalah salah satu caranya :) .
Sehingga berjumpa lagi.. Wassalam.