Cerita Parit Raja

Assalammualaikum.
Lama tak berbicara.
Mengenai Parit Raja, banyak yang berlaku perubahan (pro & kontra) sepanjang 32 tahun aku di sini.






Aku lahir, sekolah, belajar & bertemu jodoh yang berkaitan dengan Parit Raja. Banyak memori, terutama masa muda2 dulu. he3..Berikut adalah beberapa perubahan yang ketara dalam memperkatakan tentang pekan nie.
Universiti Tun Hussein Onn
Jangan tak percaya pekan aku nie dah ada U antara yang gah di Malaysia. Banyak yang boleh diceritakan positif & negatif kesan yang diterima dalam pembangunan bermacam aspek penduduk pekan nie.

Kompleks niaga Parit Raja: Masa aku sekolah menengah rendah kat Sekolah Menengah Tun Ismail dah wujud dah tempat makan nie. Balik sekolah mmg nie lah tempat lepak kami tahun 1993-1997. Windu dengan kawan2 lama.

CIMB bank Parit Raja; antara institusi perbankan yang membuka cawangan di Parit Raja.

Maybank Parit Raja, salah satu bank yang aku suka pergi berurusan. Staff yang ramah, & pandai berkomukasi dengan pelanggan yang rata-rata orang kampung cam aku.

sebenarnya, banyak lagi bende2 baru yang memenuhi ruang tanah di sini. Mungkin aku akan cerita pada masa lain pula. Sekian.