Hukum Berkawan Dengan Bunian

Soalan:
Apakah hukum berkawan dengan orang bunian Islam dan membeli barang-barang bunian.

Jawapan:
Dalam hal ini, banyak pandangan dari ulama. Ada yang membenarkan dan ada yang mengambil langkah berhati-hati daripada berkawan dengan jin disebabkan kecenderungan untuk menjadi sesat. Larangan berkawan dengan jin dalam tujuan jahat untuk sihir dan perbuatan buruk. Firman Allah SWT:
"Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia menjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua kumpulan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." - Al-Jin:6
 Dalam ayat ini, Allah menerangkan ada beberapa golongan manusia yang berkawan dengan beberapa golongan jin dan meminta pertolongan jin ini menjaga dirinya. Dan meminta pertolongan untuk perkara-perkara jahat seperti sihir yang menyusahkan dan menyakitkan.

Setiap manusia ada jin pendamping dan sentiasa mengoda membuat jahat. Fikirkanlah hadis Rasulullah ini:
"Dari Abudullah bin Mas'ud r.a katanya: " Tidak seorang pun di antara kamu melainkan telah ada jin yang telah ditugaskan pemimpinnya untuk selalu mengodanya." Para sahabat bertanya "Anda juga ya Rasulullah?" Jawab baginda: "Ya, Aku juga. tetapi Allah selalu melindungi ku daripada godaan mereka sehingga mereka yang mengoda ku akhirnya Islam (menyerah). Kerana itu mereka tidak berani menyuruh ku melainkan untuk kebaikan." (Muslim).
Dari Abu Said al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: " Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izilah dia tinggal selama 3 hari. Jika sesudah 3 hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah, Kerana itu adalah syaitan." (Muslim).
(Petikan dari Majalah Mingguan Wanita Ogos 2014 muka surat 110 - Segmen Kemusykilan Hati oleh Ustaz Azhar Tuarno- Imam Masjid Negara, Merangkap Penolong Pengarah Perhubungan Awam & Pusat Sumber)