Just Married: TMJ Dan Che Puan Khaleeda

Tunku Ismail Sultan Inrahim, Tengku Mahkota Johor (TMJ) telah selamat melangsungkan istiadat pertunangan, majlis hantaran dan pernikahan dengan Che Puan Khaleeda Bustamam di Istana Bukit Serene di sini hari ini.

TMJ dan Che Puan telah dilihat berangkat memasuki perkarangan istana tepat pukul 10 pagi dan keluar sekitar pukul 12 tengah hari selepas sah bergelar suami isteri.

Pasangan yang mengenakan busana pengantin berwarna putih itu sempat melontarkan senyuman dan melambaikan tangan ke arah wartawan serta jurugambar yang menanti di luar istana.

Istiadat pernikahan mempelai dilaksanakan Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsusin.

Pasangan itu akan dijangka melangsungkan majlis persandingan di Istana Besar Johor pada 8 November ini. UTUSAN.