eRezeki- Untuk Mereka Berpendapatan Rendah RM3,050 Sebulan

Kerajaan mengumumkan inisiatif eRezeki di bawah program Digital malaysia untuk meningkatkan hasil penduduk yang tergolong di bawah 40 peratus terendah (B40) piramid pendapatan.

Kumpulan B40 itu mewakili kira- kira 11.7 juta rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,050 sebulan.

DS najib menyampaikan Pengiktirafan Anugerah Global kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Tan Sri Zamzamraini Mohd. Isa di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Perdana Menteri, DS Najib berkata, kira- kira 400,000 orang akan dipilih melalui eRezeki untuk membolehkan mereka memperoleh pendapatan tambahan sebanyak RM6000 setahun menjelang 2020.
"eRezeki akan dilaksanakan di beberapa Pusat Kerja Digital yang boleh terletak di Pusat Transformasi bandar (UTC), Pusat Transformasi Luar Bandar, Kolej- koleh Komuniti dan Masjid."
"Inisiatif ini akan memberi impak positif kepada isi ruam berpendapatan rendah di bandar dan di luar bandar."
Kata DS Najib ketika berucap dalam mesyuarat Majlis Perlaksanaan MSC Malaysia di Bangunan Perdana Putra. - Utusan Online.