Istiadat Pernikahan TMJ 24 Oct 2014 10pagi

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memasuki perkarangan Istana Bukit Serene, si dini tepat pukul 10 pagi ini bagi istiadat pertunangan, majlis hantaran dan pernikahan dengan Cik Khaleeda Bustamam.

Turut berangkat ke istana, Sultan Johor, Sultan Inrahim Alharhum Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah seta anakandanya, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris dan Tunku Putra Johor, Tunku Abu Bakar.
Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim



Terdahulu, barisan pembesar negeri terdiri daripada exco kerajaan dan tetamu kenamaan mula memasuki perkarangan istana kira- kira jam 8 pagi ini.

Cik Khaleeda Bustamam yang bakal menjadi isteri Tunku Ismail (TMJ), bakal memakai gelaran Che Puan sebaik sahaja sah dinikahkan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin. - UTUSAN.