Saya baru-baru ini menerima panggilan daripada seorang
wartawan yang menulis artikel untuk majalah barang kemas mewah. Beliau telah
diminta oleh pihak penerbit meminta
beliau menyiasat apa yang menyumbang kepada elemen "reka bentuk
abadi" atau “timesless design” dan
mengapa objek tertentu bertahan dalam jangka masa yang pendek. Manakala yang
lain menjadi hanya lulus untuk ikutan/trend pada satu-satu masa. Dia pastinya menyangka
bahawa sejak saya telah menulis beberapa buah buku mengenai gaya perabot, saya
mungkin dapat untuk tampil dengan beberapa jawapan yang bernas dan berwawasan.
Pada mulanya saya agak terkejut. Saya telah berkecimpung dalam
industri ini lebih daripada empat dekad tetapi saya tidak menganggap diri saya
sebagai pihak yang berpengaruh bagi menentukan satu-satu gaya dengan apa-apa
pembolehubah lain nya. Walaubagaimanapun, saya telah memintanya untuk
menghantarkan soalan-soalan kepada saya.
Lalu saya menghubungi rakan-rakan yang lebih berpengetahuan dalam industri
untuk mendapatkan pendapat dan pandangan mereka. Saya telah menghubungi
kira-kira sedozen atau lebih rakan-rakan seperti pereka perabot, pengeluar dan
peruncit yang saya kenali dan hormati.
Jawapan mereka adalah semula jadi, pelbagai dan agak
peribadi, tetapi selepas membaca dengan teliti terdapat beberapa aspek yang boleh diketengahkan.
Apakah Reka Bentuk Perabot
Yang Baik?
Reka bentuk perabot yang baik adalah gabungan fungsi (yang
membezakannya dari seni) dan ia sentiasa mempunyai aura elemen “keseronokan
untuk melihat” (pleasure to view). Ia
mesti mempunyai jangka panjang (yang membezakannya dari arah aliran yang
kebiasaannya tidak tahan lama). Reka bentuk perabot sentiasa melebihi jangkaan seseorang
termasuk lah dalam konteks keselesaan dan fungsi. Salah seorang pereka perabot (furniture design) yang saya kenal mengatakan
bahawa reka bentuk perabot yang baik adalah "imbangan, irama dan kesatuan
(balance,rhythm and unity) yang boleh dihasilkan." Paling penting,
mereka mesti melepasi tempoh masa yang
singkat itu (test of time) itu.
Apa Unsur Rekabentuk
Perabot yang Digemari oleh Pengguna?
Pengguna gemar untuk mendapatkan perabot dengan skala dan
nisbahnya. Mereka tertarik dengan cara
menghias (furnish), dan keindahan veneers dan solid wood yang tertentu , ukiran dan acuan, serta perkakasan yang terperinci.
Pengguna tertarik dalam banyak aspek, seperti: fantasi yang dapat ditimbulkan
oleh produk , pantulan/refleksi memori keseronokan, tempoh masa tertentu yang
berhanra dalam kehidupan mereka, atau imej yang berkaitan dengan seseorang yang
disayangi atau dihormati. Setiap perabot mestilah mempunyai skala yang bersesuaian
dengan kedua-dua rumah dan pengguna atau memenuhi keperluan sama ada dari segi
ia berfungsi atau ciri-ciri khas yang ada padanya. Pengguna hari ini adalah
ditarik kepada perabot yang mudah dan tidak terlalu penuh dengan hiasan.
Apa Inspirasi
Sesetengah Pereka Perabot Yang Terkemuka?
Tiada pereka (designer)
bekerja dalam vakum atau statik. Mereka mengambil unsur-unsur idea atau reka
bentuk dan mengubahsuai kannya menjadi
satu produk lain. Keseronokan mereka bentuk perabot secara kreatif datang dari
disiplin dan secara langsung mereka dapat menterjemahkan dalam penghasilan satu
rekaan alternatif yang lebih baik. Sesetengah pereka diilhamkan oleh keinginan
untuk meningkatkan kualiti hidup individu-individu yang menggunakan rekaan perabot
mereka.
Pemikiran Perabot Dengan Style ‘Best-Selling’, Apa Punca
Pengguna Memberi Tindakbalas positif?
Gaya Louis Philippe telah menjadi gah dan ternama beberapa
generasi di semua titk harga (all price
point) dan menunjukkan bahawa ia boleh diadaptasikan dalam pelbagai senario
menghias (furnish scenario). Contoh
lain ialah perabot Cina klasik yang
menggabungkan reka bentuk dengan baik dengan hampir mana-mana gaya hiasan dari abad ke-18 untuk memulakan gaya yang
dipanggil gaya kontemporari (contemporary
style). Kebanyakan pengguna memberi respon yang baik untuk sesuatu gaya reka
bentuk mereka kenali.
Apakah Warna, Bentuk dan Tekstur Yang Dpat Menarik
Pengguna?
Dalam dunia ini, tiada dua orang dapat menerima warna, bunyi
atau tekstur dengan penerimaa yang sama, begitu juga industri reka bentuk perabot.
Ia bertujuan untuk mencari rekaan yang diiginkan oleh pasaran. Ini adalah sebab
kebanyakan orang dewasa suka muzik yang sama sepertimana di zaman muda mereka
dan tidak berkaitan dengan muzik generasi anak-anak mereka.
Dalam pasaran perabot hiasan rumah pada hari ini, ia masih
semulajadi, seirama dengan bumi, dan masih tebal dengan warna-warna pastel,
yang seolah-olah menjana sambutan yang terbaik dari pengguna. Lebih banyak
sesuatu produk boleh diguna pakai, maka lebih banyak risiko yang boleh diambil
dalam pemilihan warna yang terkini. Sebagai peraturan umum, lebih tinggi harga sesuatu
perabot, maka pengguna akan menjadi
lebih konservatif dalam memilih gaya perabot untuk menghias kediaman
mereka.
Apakah Perincian Yang
Digunapakai Dalam Mencari Perabot Yang Baik?
1) Reka bentuk yang baik, atau gabungan warna menarik, dapat
menarik perhatian pengguna tanpa melibatkan harga yang mahal.
2) Jangan menjadi pereka yang suka membanggakan sesuatu reka bentuk. Apa yang
terlalu menonjol atau tidak secocok pada kita mungkin pada orang lain ia merupakan
satu elemen yang elegen lagi prestij.
3) Ingat bahawa citarasa dan pilihan reka bentuk biasanya sesuai
dan berada di tempat yang betul sebelum
kita mencapai umur 25.
Perincian yang boleh diguna pakai adalah meraka yang dapat
melihat dengan mata dan membangkitkan aura dalam diri pengguna untuk memiliki
setiap rekaan yang dihasilkan. Tekaan kedua yang dibuat tentang keinginan
pembeli seringkali menghapuskan
keputusan yang baik. Tambahan pula, masyarakat mempunyai naluri yang baik dan
perabot yang menepati citarasa adalah tepat untuk pemilik.
Manakala, Semua peruncit hanya perlu mengembangkan fantasi
yang diidamkan oleh pembeli dengan meletakkan aksesori yang betul dan
persembahan yang menarik dan memberi pembeli
merasa "I want to live like that”
:. Ini adalah satu konsep bahawa Ralph Lauren, Calvin Klein dan banyak pereka
terkenal yang lain telah memahami dan dibawa dari satu bentuk seni ke bepada
identity rekaan mereka itu sendiri.
………
Artikel ditulis oleh
Joseph F. Carroll (adalah bekas penerbit majalah Furniture/Today - ini dan salah satu pengasas asal IAFP
(International Allience of Furnishing Publications). Beliau adalah seorang
perunding pemasaran antarabangsa.
Petikan diambil
daripada Segmen: Business Issue Majalah Furniture & Furnishing: Export
International- Asia Pacific.Middle East. Europe. Muka Surat 32-33 - Terbitan
September 2013.