Padanan Serasi Perabot dan Seni Bina

Perabot adalah salah satu emelen reka bentuk dalaman. Manakala, dinding, lantai, siling, tingkap dan pintu pula merangka reka bentuk seni bina sesuatu ruang. Perabot juga dapat mendekatkan jurang perbezaan antara manusia dan seni bina. Ia juga merupakan satu transisi antara skala ruang dalaman dengan citarasa manusia. Seterusnya Seni bina berfungsi yang memberikan keselesaan serta dapat memberi sokongan tambahan kepada aktiviti seharian.

Selain itu, pemilihan perabot yang bersesuaian juga dapat memberi impak visual pembentukan ruang. Bentuk, garisan, warna, jalinan dan skala setiap perabot merupakan karektor penting dalam menghasilkan kualiti sesuatu ekspresi ruang. Dalam bahasa mudah, ketiadaan perabot, ruang menjadi kosong, tidak berseri dan tidak memberikan apa-apa fungsi.

Gaya Pemilihan Perabot
Perabot merupakan perlambangan kepada kekuasaan, kemewahan, keagamaan dan alam sekitar.Pakar sejarah mendapati perabot digunakan oleh manusia lebih 2,000 tahun dahulu. Ketika zaman itu, perabot asalnya di perbuat daripada elemen semulajadi, iaitu batu dan kayu yang diukir.

Melalui penciptaan perabot itu telah mengalami evolusi yang pesat, terutama pada zaman Renaissance atau dikenali dengan Zaman pembaharuan. Di ketika ini juga, elovusi pesat melimpahi pada kepenggunaan tekstil mewah sebagai simbol yang melambangkan tahap status dan kekuasaan seseorang dalam hieraki masyarakat.

Antara contoh terwal di abad ke-16, kerusi bersarung telah diperkenalkan dan perkembangan ini diperlambangkan sebagai kekuasaaan. Hanya ketua keluarga dibenar menggunakannya manakala penghuni lain termasuk isteri, cuma duduk di bangku beralaskan kusyen. Namun, reka cipta perabot berevolusi secara berterusan sehingga kini. Pemilihan perabot kini mewakili rekaan dalaman yang ditonjolkan oleh individu. Perabot kini juga menjadi satu bentuk seni dan meletakkan nilai untuk satu-satu keraan perabot.

Justeru, perabot umpama pelaburan. Maka seharusnya pemilihan perlulah di buat berdasarkan kualiti reka bantuk, pembinaan, fungsi, keselesaan dan ketahannya.

Pemilihan perabot juga perlu mengimbangi aspek kualiti estetik, fungsi dan nilai. Menerusi pemahaman mengenai tema, gaya pilihan, latar belakang reka bentuk dan perkembangan teknologi inovatif pasaran, penentuan jenis perabot sesuai kehendak dapat dilakukan.

Walaubagaimanapun, ada masanya kesukaran dalam pemilihan perabot yang sesuai menyebabkan pihak pengeluar perabot tampil dengan kaedah padanan (match sets) yang mengutarakan perabot sesuai tema, rekaan dan warna.

Perabot Dan Bahan
Bahan mentah perabot dipelbagaikan mengikut cara pembuatannya. Pemilihan banhan-bahan ini juga dapat memberi impak secara langsung kepada penghasilan sesuatu seka bentuk perabot. Ini ditambah pula dengan perkembangan teknologi yang mana dapat memberi kepebagaian kepada pemilihan material-material baru.

Bahan digunakan kini disesuaikan dengan keperluan rekaan kontemporari iaitu dari segi semulajadi seperti kayu, kulit, tekstil dan fabrik kepada bahan industri seperti besi, kaca, gelas dan plastik. Bahan yang dipilih juga memberi kesan kepada bentuk serta gaya perabot berkenaan. Rekaan dan bahan untuk dijadikan perabot harus mengambil kira keluatan fizikan, tahan lasak, keterampilan dan kos.