Persiapan Perkahwinan TMJ Lancar

Persiapan terakhir giat dilakukan menjelang perkahwinan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Cik haleeda Bustamam.

Bendera negeri mula di pasang di sepanjang jalan- jalan utama di antara Istana Pasir Pelangi, Istana Besar dan Istana Bukit Serene, yang akan menjadi lokasi majlis akad nikah pada Jumaat, 24 Oct 2014 ini.

Kemeriahan mula terasa dengan perispan perkahwinan diseri lagi dengan kibaran bendera Negeri Johor- kosmo online.


Selain bendera negeri, turut dihiasi dengan cahaya lampu serta beberapa hiasan lain di sepanjang jalan menuju ke tempat majlis.

Sementara itu, majlis akad nikah akan dilangsungkan secara tertutup yang hanya akan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pengantin sahaja.

majlis tahlil dan doa selamat akan diadakan pada Khamis, 23 October 2014 dan dihadiri dengan tetamu- tetamu jemputan di Majlis Sultan Abu bakar, Johor Bahru.

Khemah besar dalam proses untuk dipasang di Istana Besar bagi majlis resepsi pada 8 November 2014 ini yang akan dijangka dihadiri oleh tetamu- tetamu kehormat.

Antara tetamu kehormat yang akan menghadiri istiadat itu termasuklah Sultan Brunei, Sultan Pahang, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana menteri, Perdana Menteri Singapura serta barisan exco dan anggota Dewan Undangan Negeri Johor.

Yang Dipertua Kumaah Majlis Diraja, Datuk Abdul rahim berkata, pihak majlis menghargai persiapan perkahwinan ini yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor.
"Semua berjalan lancar dan mengikut perancangan yang dibuat." katanya ketika dihubungi oleh The Star pada Rabu, 22 Oct 2014.
Beliau juga berkata, rakyat dibenar untuk berhimpun disepanjang jalan Istana Besar untuk melihat pengantin diraja yang akan menaiki kereta tanpa bumbung dari Istana Bukit Serene ke Istana Besar bagi majlis resepsi pada pukul 8.30 malam.
"Bagaimanapun, untuk keselamatan, hanya tetamu- tetamu jemputan sahaja yang dibenarkan memasuki Istana Besar, namun, sebuah skrin besar akan dipasang di Dataran bandaraya Johor Bahru untuk disaksikan oleh orang awam." tambahnya.