KUALA LUMPUR: Nilai eksport perabot Malaysia bagi 140
negara di dunia mencatatkan jumlah melebihi RM8 bilion pada tahun lepas dengan
jangkaan melampaui RM10 bilion pada tahun 2010. Namun peratusan daripada pengusaha perabot
bumiputera adalah begitu kecil sekali.
Bayangkan dengan perkembangan yang begitu pesat dan semakin mencabar, pembabitan pengusaha bumiputera dalam pengeksportan perabot hanyalah dalam lingkungan dua peratus sahaja.
Bayangkan dengan perkembangan yang begitu pesat dan semakin mencabar, pembabitan pengusaha bumiputera dalam pengeksportan perabot hanyalah dalam lingkungan dua peratus sahaja.
Walaupun secara relatifnya usahawan perabot
bumiputera menguasai hampir 20 peratus pasaran tempatan, namun kebanyakan
pasaran datangnya daripada kontrak yang telah diberikan oleh kerajaan.
Antara punca terjadinya perkara ini ialah ketiadaan kepakaran teknologi dan pengetahuan bagi menghadapi saingan dalam industri ini, demikian menurut pendapat Professor Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Kelantan, Prof Madya Dr Marzuki Ibrahim kepada Bernama.
Antara punca terjadinya perkara ini ialah ketiadaan kepakaran teknologi dan pengetahuan bagi menghadapi saingan dalam industri ini, demikian menurut pendapat Professor Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Kelantan, Prof Madya Dr Marzuki Ibrahim kepada Bernama.
Akibat daripada kelemahan ini, hampir kesemua
aktiviti ini sama ada industri hiliran atau huluan telah dimonopoli oleh kaum
bukan bumiputera.
Ketinggalan aspek reka bentuk
Faktor keduanya ialah tiadanya rantaian nilai
dalam industri ini mengakibatkan mereka tidak dapat bersaing sama ada dalam
pasaran terbuka mahupun pasaran eksport.
Selain aspek pemasaran, pengusaha perabot
bumiputera juga ketinggalan dalam aspek reka bentuk kerana perabot yang
dihasilkan mereka hanyalah melalui "proses segera', jelas Dr Marzuki
lagi.
Ini dilakukan melalui pengubahsuaian reka
bentuk perabot luar negara yang diperolehi daripada sumbersumber seperti
majalah, katalog mahupun melalui lawatan ke pameran perabot .
Akibatnya, reka bentuk perabot yang dihasilkan
mereka bermutu rendah dan dikategorikan di bawah pasaran perabot kos rendah.
Berdasarkan kepada senario ini, beliau
berkata, kerajaan melalui MARA telah menetapkan sasaran sebanyak lima peratus
pertumbuhan perabot bumiputera dalam tempoh lima tahun RMK9.
Beberapa langkah dan strategi bagi memantapkan
lagi kedudukan pengusaha bumiputera juga disarankan melihat kepada
pasaranpasaran baru yang lain seperti Eropah yang mempunyai pasaran perabot
melebihi RM50 bilion untuk diterokai.
Perkembangan Industri
Sejarah pengeluaran dan pengeksportan perabot
di Malaysia bermula agak perlahan dengan pertumbuhan kilang kecilkecilan pada
lewat 1970an.
Industri perabot Malaysia hanya memasuki era
eksport pada pertengahan tahun 1980an dengan eksport berjumlah RM25 juta pada
tahun 1985, kata Marzuki.
Eksport perabot Malaysia terus berkembang maju
dengan mencatat jumlah eksport sebanyak RM1.228 bilion dan bertambah hampir RM1
bilion setiap tahun.
Sebagai contoh, jumlah eksport mencatatkan RM2.078
bilion pada 1995, RM3.094 bilion (1997), hampir RM5 bilion (1999), melebihi RM5
bilion (2000), RM7.67 bilion (2005) dan meningkat ke paras tertinggi sebanyak
RM8.19 bilion pada tahun 2006, katanya.
Eksport perabot Malaysia dijangka berkembang
antara tujuh dan sembilan peratus setiap tahun.
Sehingga akhir 2005, Amerika Syarikat masih
lagi menjadi pengimport perabot Malaysia yang terbesar dengan jumlah sebanyak
33.5 peratus. Ia disusuli Jepun (10.25 peratus) dan United Kingdom (8.85
peratus).
Prospek cerah
Mengenai jenis perabot pula, Marzuki berkata,
rekod menunjukkan 81.41 peratus datangnya daripada perabot kayu terutama kayu
getah diikuti logam (12.30 peratus), manakala perabot rotan hanya menyumbang
sebanyak 0.65 peratus daripada keseluruhan eksport perabot negara.
Prospek industri perabot adalah cerah walaupun
Malaysia terpaksa bersaing dengan negara jiran yang lain seperti Thailand,
Indonesia, Filipina, Vietnam mahu pun China.
Seperti Malaysia, negaranegara berkenaan juga
berusaha mempergiatkan aktiviti mereka dengan meneroka dan terus mencari
pasaran baru.
Bagi Malaysia usaha
yang berterusan sedang dilaksanakan bagi mencari pasaran baru seperti di
Amerika Selatan dan Amerika Utara dan beberapa pasaran mewah yang khusus.
Pameran antarabangsa
Pameran antarabangsa
Sejajar dengan hasrat mengantarabangsakan
perabot bumiputera, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan dan agensi MARA,
Furniture Industry Technology Centre (FITEC) akan menganjurkan satu Pameran
Persidangan Perabot Antarabangsa 2008 yang pertama di Malaysia (2008ifcx).
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi akan merasmikan pameran itu yang bermula dari 28 hingga 30 Julai
manakala Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar akan
melakukan penutupannya.
Kira-kira 500 peserta dari dalam dan luar
negara dijangka menghadirinya. Bertemakan mengantarabangsakan reka bentuk
perabot, ia akan mengutarakan dua faktor asas bagi pengeluar perabot Malaysia
bersaing di peringkat antarabangsa iaitu reka bentuk dan pemasaran.
Dua penceramah terkemuka, Karim Rashid
(seorang pereka perabot terkenal dunia) akan mengupas mengenai kepentingan reka
bentuk berkualiti manakala Dr Stefan Wille dari Aktrin Furniture Information
Centre akan membincangkan secara terperinci mengenai strategi pemasaran.
Selain itu, 56 kertas kerja hasil penyelidikan
oleh pembentang dari dalam dan luar negara dan pameran akan diadakan.
Diharapkan pameran itu
dapat memenuhi aspirasi kerajaan yang mahukan perabot keluaran Malaysia
dikenali di seluruh dunia dengan memenuhi standard rekaan antarabangsa dan
dapat bersaing dalam pasaran antarabangsa yang begitu kompetitif, kata Dr
Marzuki. BERNAMA
Diterbitkan: Khamis 24 Jul, 2008 www.mstar.com.my