Teknik Sopan Menyepak Kebosanan


Bosan......
Kekadang buat kita buntu ..tak tau nak buat apa.
Nak bergossip.... hemmm.... makin berat laks neraca ke neraka.
Nak makan snek.... GEMOKKKK!!
Apa nak buat??




1) Selalulah Berwudhu'
Jiwa tenang... Kerja yang susah akan dipermudah...Insya- Allah... Tak payah la nak sayang2 make up yang tebal2, maskara ke apa2.... Perempuan jangan slalu stess ...cepat kedut..he3..




2) Banyak2 la membaca Al-Quran
Waktu2 keje kan, tak kan la nak letak Quran atas meja. Yong keng patut2 tohh... pasang earphone sebelah telinga ke, hafal surah2 pendek ke, atau buat wallpaper dengan doa2 pendek. Doa 12 Pintu, Doa diringankan beban hutang ke, kan...







3) Perbanyakkan Solat Sunat.
Bila dah mantap yang wajib, boleh la topup dengan yang sunat. Mana masa rehat yang diisi dengan xtvt berjiwa keduniaan, tune la ke channel keakhiratan. Nak tunggu bila lagi..




4) Doalah- Senjata Mukmin Paling Ampuh.
Antara waktu- waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Ikhtiar kita, Allah yang akan decide sama ada  doa kita makbul ke tak kan? Tapi doa tanpa usaha agak2 ada makna??




5) Bersangka Baik Dengan Allah.
Ramai kata kalau kita diuji, itu makna Allah sayang kite. Tapi hati dan perasaan si polan si polan yang diuji itu yang tahu rasa sebenar. Lain padang lain belalang, lain orang lain la ujian nya. Tanam je "ada hikmah yang Allah nak kasi nie" dalam hati yea...




6) Buat outdoor activity.
Badan Cergas Otak Cerdas....bukan setakat minum Milo je, bersukan, angkat besi, berenang, berlari. Sukan Paling murah dan mudah pon boleh. Iaitu lari setempat. he3.... Jogging ke, join poco-poco ke kan.... selain hilang boring, badan pun slim.... 




7) Menangis.
Kekadang manusia ni malu nak nangis. Hipokrit kah anda? Takut hilang kemachoan ke keegoaan anda? Betul la tu, nak jaga air  muka kan. Hipokrit dengan manusia boleh kot. tapi jangan lah hipokrit dengan Allah. Allah tak akan tertawa kan kalu kita mengadu dengan DIA beb. Terapi Hati la kira, tapi versi diri sendiri. Cubelah... Insya-Allah.



Sumber: bacablogspot