Wednesday 29 July 2015

Siapa Gaban di Malaysia???

Diwaktu kebosanan nie, aku teringat kan blog siGaban aku nie..
bagi korang yang tak tau siri super hero Gaban...meh aku story sket..


GABAN Adalah Polis Angkasa. Masa siaran dulu2 (1990-an), retro beb katun nie. Mana2 manusia yang dapat menonton cerita nie pas balik sekolah agama jam 4.30 petang ..mmg sempat le nak tercongok dengan adik beradik... sangkeng nyer kesyokkan dengan si Gaban..

Siri ini bersiaran 30 minit sahaja. Kalu tak silap siri tu berjudul Space Cop of Gaban. Si Gaban ini berasal dari planet Bird dan diminta untuk menjaga dan mempertahankan Bumi dari serangan musuh yang berasal dari Makuu Empire dan dipimpin oleh Don Horror. Gaban dibantu oleh rakannya, Mimi. 

Dan untuk bercampur gaul dengan makhluk bumi dan untuk menghindari dari dikesan pihak musuh, Gaban menyamar jadi manusia biasa dengan menggunakan nama Retsu Ichijouji. 

Gaban dilengkapi dengan banyak senjatanya, sesuai dengan namanya polis robot. Ada Lazer Z Beam, dan Senjata canggih yang aku tak tau nak sebut. Pendek kata semua senjata mahupon motor tunggangnya mmg super duper hebat..

Dalam siri apapun, superhero mesti menang dalam apa cara hatta apa keadaan sekalipon. Even bom muklear nak meledak kurang sesaat pon Gaban leh laie beraksi & akhirnya menang..

Apakah kaitan tajuk dengan cerita Gaban nie....
(Ini soalan subjektif...korang ada pen dengan kertas...suka ati la nak jawab mende..)


Sekian.