Saturday 28 February 2015

Harga Petrol RON95 RON97 Diesel Mac 2015

Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bermula 1 Mac 2015.  

Lanjutan daripada pengumuman kerajaan pada 21 November 2014 yang lalu mengenai pelaksanaan sistem apungan terurus, subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel akan dikeluarkan pada 1 Disember 2014. Oleh itu harga runcit rasmi Petrol RON95 RON97 Diesel untuk bulan Mac 2015 akan diumumkan pada hujung bulan Februari 2015.

Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia yang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya.


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengeluarkan kenyataan pada hari terakhir bulan Februari 2015 untuk harga runcit rasmi minyak petrol dan diesel di Malaysia bagi bulan Mac 2015. 



Harga Minyak Petrol diesel Mac 2015
Dari desas desus di laman sosial, harga RON 95 dan diesel untuk Mac 2015, dijangka akan naik sedikit mengikut harga terdahulu Januari 2015 seiring dengan peningkatan sedikit harga minyak mentah dunia di pasaran sekarang.

Dipetik dari Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (PESAMP)

Berikut adalah jangkaan harga di pam berdasarkan kepada Purata Harga Pasaran daripada 1 ke 22 Februari 2015.



 Info
RON 95
 Diesel
 RON 97
Anticipated Pump Price 
1.90
1.85
2.20

Ini berdasarkan trend harga pasaran yang sedang menaik


 
Walau bagaimanapun, kita tunggu pengumuman rasmi daripada pihak KPDNKK mengenai harga runcit rasmi Mac 2015.

* Harga runcit rasmi minyak Malaysia Untuk Bulan Februari 2015 (Harga bulan Januari 2015 dalam kurungan)

RON95 - RM1.70 sen seliter turun 21 sen (RM1.91 sen seliter)
RON97 - RM2.00 sen seliter turun 11 sen (RM2.11 sen seliter)
Diesel - 
RM1.70 sen seliter turun 23 sen (RM1.93 sen seliter)