Tarif Elektrik Turun Bermula 1 Mac 2015.
Pengguna di Semenanjung Malaysia akan menikmati penurunan tarif
elektrik sebanyak 2.25 sen bagi setiap kilowat-jam (KJw), manakala bagi
penduduk di Sabah dan Wilayah Persekutuan mendapat penurunan tarif
elektrik sebanyak 1.20/kWj berkuat kuasa pada 1 Mac hingga 30 Jun 2015.
Tarif Elektrik Turun |
Tarif Elektrik Turun Bermula 1 Mac 2015
Penurunan ini melibatkan pengguna domestik yang menggunakan tenaga
elektrik melebihi 300 kWj sebulan, sementara itu semua pengguna dalam
kategori komersial dan industri pun sama juga.
Dengan keputusan ini, maka pengguna akan menikmati pengurangan bil elektrik diantara RM13.50 hingga RM45 sebulan.
Setelah penurunan harga minyak, penurunan tarif elektrik, maka tiada sebab lagi untuk penguasa dan pengeluar barangan tidak menurunkan harga barangan mereka.
Mereka kini tiada alas lagi untuk tidak menurunkan harga barangan kerana selama ini mereka memberi pelbagai alasan dengan mengatakan harga minyak mahal dan tarif elektrik tinggi.
Kerajaan menyarankan agar pengeluar barangan menurunkan harga barangan mereka secepat mungkin supaya rakyat tidak terbeban lagi dengan barangan yang mahal. Ini kerana harga minyak semakin turun dan tarif elektrik turun bermula 1 mac 2015.